Minyak Herba Saoda
Harga Pos Laju
1 Botol (WM)
RM7.5
RM3
1 Botol (EM)
RM8.5
RM6
5 Botol
RM 30
Percuma
10 Botol
RM 50
Percuma
15 Botol RM 60
Percuma
20 Botol
RM 70
Percuma
40 Botol RM130 Percuma
100 Botol
RM300
Percuma

Sunday, April 3, 2011

Herba Saoda: paduan sumber daripada tamadun terhebat

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).

Dalam riwayat yang lain Nabi Muhammad s.a.w bersabda;” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” (Hadis riwayat Bukhari).

Habbatus Sauda merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Biarpun banyak kajian yang telah dijalankan namun kebanyakannya ditulis menggunakan Bahasa Arab. Justeru pendedahan terhadap dunia antarabangsa agak lewat dilakukan.
Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.


Morhabshi pula merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.

Ensiklopedia Wikipedia (BM) juga mencatatkan resin Morhabshi telah terkenal sejak zaman Mesir kuno. Myrrh merupakan asas kepada minyak wangi dan incense, dan amat dihargai pada zaman kuno klasik. Nilainya dikatakan melebihi dari emas yang sama berat dengannya. Pada zaman Rom Kuno, myrrh dinilai lima kali ganda berbanding frankincense, walaupun frankincence lebih popular ketika itu. Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Diceritakan bahawa Maharaja Nero, iaitu Maharaja Rom telah membakar setahun nilai myrrh pada pengkuburan isterinya yang bernama Poppaea.


Kedua-dua bahan tersohor itu tadi digarap dan diadun dengan lebih 30 herba tempatan (nusantara) dengan perantaraan beberapa jenis minyak telah menghasilkan sejenis ramuan yang ternyata memberi tambahan kebaikan kepada pengguna.

Alhamdulillah, gabungan alam semulajadi dengan ilham daripada Allah Taala sekali lagi memberi manafaat kepada manusia.

Minyak Herba Saoda dinamakan demikian sempena nama isteri pengasas ramuan istimewa ini iaitu Ustaz Haji Abdul Hamid Ahmad, Maahad Derang Kedah.

Semoga Allah Taala mencucuri rahmat kepada kedua-dua nenda kami itu seterusnya menempatkan mereka bersama orang mukmin dan beramal solih.

Minyak Herba Saoda bukanlah formula baru cuma mengalami proses penjenamaan semula (rebranding) serta pembungkusan baru (repackaging) bagi disesuaikan dengan perkembangan teknologi semasa.

Memandangkan perkembangan ICT yang begitu hebat populariti penggunaannya sekarang (dan akan datang) maka kami mengambil inisiatif untuk memasarkannya melalui teknologi canggih ini.

Berdasarkan sejarah penggunaannya yang panjang (lebih 50 tahun), telah banyak pengalaman perubatan berkaitan dikenalpasti.

Kami bahagikan khasiat penggunaan Minyak Herba Saoda ini kepada beberapa bahagian:

Pertama, penyakit luar meliputi kebanyakan sakit kulit seperti kayap, kurap, kudis,bisul, jerawat, barah, dan sebagainya.

Ia termasuk juga sakit gigi, batuk, sakit dada, lelah, sesak nafas dan sebagainya.

Kedua, penyakit sendi dan saraf seperti patah, terseliuh, lenguh, kebas, dan sebagainya.

Ketiga, penyakit dalaman seperti senak, kembung, cirit birit, barah, lumpuh, dan sebagainya.

Keempat, penyakit misteri termasuk sihir, santau, gangguan makhluk halus, gangguan terhadap bayi, tersampuk, dan sebagainya.

Kelima, sebagai satu ikhtiar bagi penyakit yang tidak dapat dikenalpasti seperti terkena buatan orang.

Sebagai makluman, semua catatan berkenaan penyakit di atas adalah seperti yang dikhabarkan dan dicatatkan oleh almarhum nenda kami (Ustaz Haji Abdul Hamid) dan juga pengakuan (testimonial) para pelanggan kami samada secara bertulis mahupun melalui lisan.

Penggunaan minyak Herba Saoda adalah satu ikhtiar kita sebagai manusia manakala yang menyembuhkannya sudah tentulah Allah Taala yang menjadikan kita semua dan seluruh alam ini.
Wallahu’alam.

Team Morhabshi
Noor Azman Aminudin
Khuzaimi Mansur


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More