Photobucket
Minyak Herba Saoda
Harga Pos Laju
1 Botol (WM)
RM7.5
RM3
1 Botol (EM)
RM8.5
RM6
5 Botol
RM 30
Percuma
10 Botol
RM 50
Percuma
15 Botol RM 60
Percuma
20 Botol
RM 70
Percuma
40 Botol RM130 Percuma
100 Botol
RM300
Percuma

Monday, March 14, 2011

Herba Saoda serbaguna, bukan minyak biasa

Saya cukup terharu membaca email yang dihantar seorang pengguna Minyak Herba Saoda daripada Belanda.

Subhanallah. Pengalaman yang beliau lalui setelah menggunakan minyak ini membuatkan saya amat bersyukur pada Allah. 

Antara yang diceritakan beliau ialah pengalaman dengan minyak Herba Saoda yang menyelesaikan masalah jerawat batu seorang gadis di Singapura dan masalah seorang kanak-kanak yang rabun matanya.
Sebelum ini Puan Hasnah yang menetap di Belanda itu telah mengutus surat kepada kami (saya dan isteri) menceritakan masalah kebas tangan akibat musim sejuk di sana dan alahan kulit akibat gigitan nyamuk yang beliau hidapi sekian lama telah sembuh setelah menggunakan minyak herba ini. Beliau juga pernah memberitahu kami semasa kunjungan ke Malaysia bahawa sakit pinggang suaminya pulih dengan segera sehingga mereka hamper tidak percaya.

Sebagaimana artikel saya sebelum ini, saya tetap menganggap Minyak Herba Saoda lebih kurang sama sahaja dengan minyak-minyak ubat yang lain. Namun testimoni yang kami terima dari semasa ke semasa membuatkan saya teringat pada pesanan datuk kami dulu bahawa Minyak Herba Saoda BUKAN minyak angin biasa.

Berkali-kali beliau mengingatkan tentang itu. Malah beliau seolah tersinggung jika ada orang yang menyebut Minyak Herba Saoda sebagai ‘minyak angin’.

(Namun Ustaz Hamid bukanlah orang yang mudah tersinggung. Malah beliau tidak suka mempamerkan perubahan emosinya pada orang. Sekiranya beliau ingin menegur atau memperbetulkan kesilapan orang, beliau akan iringkan dengan kata-kata lucu sambil ketawa ringan agar orang berkenaan tidak tersinggung).

Berbalik pada persepsi saya di awal tadi terhadap minyak Herba Saoda. Apabila saya mengatakan Minyak Herba Saoda sama seperti minyak lain, saya maksudkan begini:

Minyak Herba Saoda dijual pada harga biasa sahaja, sama seperti minyak ubat lain. Gunakan-lah untuk penyakit-penyakit biasa yang ringan dan sederhana ringan. Contohnya, mengurut seluruh badan pada setiap malam, merawat sakit kulit, dan luka.
(mengenai luka, seorang teman menceritakan kisah beliau terkena parang dan menyapu minyak Herba Saoda. Doktor yang merawatnya selepas itu terkejut apabila diberitahu luka tersebebut bercantum semula setelah menggunakan minyak ini).

Itulah kegunaan umum untuk semua orang.

Namun jika berlaku sesuatu yang luar biasa seperti sakit gigi di tengah malam, penyakit dalaman yang dianggap bahaya, histeria, bayi menangis tak tentu pasal, kemalangan (luka, terseliuh dll); maka anda tidak perlu membeli ubat yang mahal. Gunakan sahaja Minyak Herba Saoda yang anda miliki.

Itu sebab saya katakan; simpan sebotol di rumah, sebotol di pejabat, dan sebotol lagi di dalam kereta, sebab kita tidak tahu bilakah kita (dan orang berhampiran kita) akan memerlukan.

Wassalam, dan jumpa lagi

Untuk pembelian, gunakan handphone anda, sms ke 010 217 5001. Berikan nama, alamat dan jumlah yang ingin dibeli. Kami menggunakan perkhidmatan Poslaju atau Skynet. Sebagai promosi, anda boleh membyar setelah produk ini selamat tiba di tangan anda.

Tiada deposit, tiada bayaran awal dan tiada sebarang kos penghantaran. Bayar hanya seperti harga yang tertera dalam blog ini.


Saturday, March 12, 2011

Ramuan Dalam Herba Saoda

Apa itu Morhabshi dalam ramuan Herba Saoda?

Menurut Wikipedia: Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.

Sejarah Penggunaan resin Morhabshi:

Ensiklopedia tersebut juga mencatatkan resin Morhabshi telah terkenal sejak zaman Mesir kuno. Myrrh merupakan asas kepada minyak wangi dan incense, dan amat dihargai pada zaman kuno klasik. Nilainya dikatakan melebihi dari emas yang sama berat dengannya. Pada zaman Rom Kuno, myrrh dinilai lima kali ganda berbanding frankincense, walaupun frankincence lebih popular ketika itu. Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Diceritakan bahawa Maharaja Nero, iaitu Maharaja Rom telah membakar setahun nilai myrrh pada pengkuburan isterinya yang bernama Poppaea.

Kajian Antarabangsa Terhadap Morhabshi

Oleh kerana bahan ini begitu unik dan menakjubkan, banyak penyelidikan telah dibuat ke atasnya. Antaranya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati myrrh & susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukos dalam tikus normal & tikus kencing manis.


Tindakan mencampur getah myrrh bersama cuka pula mampu meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan rasa sakit.

Kajian Antarabangsa Terhadap Morhabshi

Oleh kerana bahan ini begitu unik dan menakjubkan, banyak penyelidikan telah dibuat ke atasnya. Antaranya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati myrrh & susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukos dalam tikus normal & tikus kencing manis.


Tindakan mencampur getah myrrh bersama cuka pula mampu meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan rasa sakit.


Wednesday, March 9, 2011

rawat buasir tanpa pembedahan

Seorang teman mengadu tentang buasir. Lalu saya katakan padanya: "sekarang ni orang tak hairan jika kena buasir sebaliknya orang akan hairan pada orang sebaya kita yang tidak kena buasir.

Ya. Dulu, buasir adalah penyakit yang jarang kita dengar. Mungkin juga kerana ia disembunyikan oleh pengidapnya kerana malu. Namun sekarang saya kerap menerima aduan tentang penyakit tersebut.

Buasir selalu dikaitkan dengan makanan pedas namun sebenarnya ia juga boleh disebabkan kerja berat. Selain itu penggunaan bahan perasa dalam makanan yang begitu berleluasa juga dikatakan mengundang risiko buasir.

Itu sebabnya ramai yang mengidap buasir.

Buasir boleh diubati melalui pengambilan ubat klinik samada dimakan atau dimasukkan ke dalam dubur. Jika ia sudah di peringkat teruk, pembedahan akan dilakukan bagi membuang bahagian usus yang rosak.

Walau bagaimanapun kini terdapat pelbagai rawatan alternatif bagi mengubati buasir tanpa dadah atau pembedahan. Salah satunya ialah menggunakan minyak Herba Saoda.

Ada dua cara menggunakan minyak Herba Saoda iaitu dengan menyapu minyak tersebut pada bahagian dubur dan cara kedua ialah meminumnya. Anda boleh menggunakan salah satu daripada kaedah tersebut atau kedua-duanya serentak. Cara kedua lebih berkesan.

Untuk diminum, titiskan 5-7 titis minyak Herba Saoda ke dalam 1/4 cawan air dan diminum 2 kali sehari. Lakukan selama tiga hari dan lihat kesannya. Jika masih belum sembuh (darah masih keluar) dapatkan rawatan lanjut daripada doktor. 

Namun selalunya darah akan berhenti pada hari berikutnya.

Walaupun begitu, teruskan menyapunya pada bahagian dubur sehingga sekurang-kurangnya tiga hari walaupun darah sudah tidak keluar lagi (dua atau tiga kali sehari).

Jangan bimbang kerana minyak Herba Saoda diperbuat daripada herba dan akar kayu 100%. Tiada dadah atau bahan kimia.

Minyak Herba Saoda diperbuat daripada lebih 30 herba dan akar kayu serta dicampur pelbagai minyak yang boleh dimakan termasuk minyak kelapa. Justeru ia memang boleh diminum.

Selain untuk buasir, minyak Herba Saoda boleh digunakan untuk pelbagai penyakit sehingga dikenali sebagai minyak herba serbaguna. 

Dengan harga yang amat berpatutan, anda sekeluarga boleh gunakan untuk pelbagai kegunaan tanpa perlu risaukan tambahan perbelanjaan.

Minyak Herba Saoda memang elok berada dalam simpanan anda kerana ia membantu menyelesaikan masalah kecemasan seperti luka, melecur, senak perut, terseliuh mahupun akibat gangguan makhluk halus seperti hysteria dan sihir (buatan orang).

Semakin banyak anda membeli, semakin rendah harga yang kami tawarkan. Hal ini kerana sebagai pengeluar kami lebih mengutamakan jualan secara borong.

Selamat mencuba.


Sunday, March 6, 2011

Herba Saoda merawat Deabetes atau luka kencing manis

Berikut adalah sms yang saya terima daripada seorang pengguna yang kerap membeli daripada kami dalam jumlah yang banyak untuk dijual kepada keluarga dan rakan-rakan beliau:

"seorg penguna minyak Herba Saoda telah menceritakan kpd sy tentang khasiat minyak ini, di mana dia telah mengalami luka akibat terbakar, yg merisaukan rakan kita ni ialah dia ni pengidap kencing manis, kesan luka ni sememangnya mengambil masa yg lama baru akam sembuh, bila menguna minyak Herba Saoda yg di sarankan oleh seorg rakan yg lain, rakan ni membeli 1 btl dan menyapukan minyak ini kepada lukanya, selama 3 hari menggunakan minyak ini, luka tersebut telah kering sepenuhnya...


sy yg mendgr cerita dr rakan sy merasa benar2 bersyukur brtapa besarnya kurniaan Allah yg menemukan penyembuh yg mujarab ini..."


hashimah ramli - SARAWAK



(Mesej di atas dikirim melalui SMS. Oleh itu pengirimnya terpaksa menulis seringkas yang boleh kerana kekangan ruang dan kos sms. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hashimah kerana berkongsi maklumat. Walau bagaimanapun kami tidak dapat menyiarkan nombor telefon beliau kecuali anda menghubungi saya secara personal).

Alhamdulillah. Tidak pernah kami sangka bahawa minyak herba yang diadun nenda kami, Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad di Jitra Kedah suatu ketika dulu kini begitu popular di Sarawak. Malah, minyak Herba Saoda juga telah tiba di Holland dan Arab Saudi. Terbaru, kami mendapat pesanan daripada pembeli di Jepun. Sementara itu kami juga mempunyai pelanggan di Singapura dan Brunei.


Mengimbas kembali penyebaran minyak Herba Saoda melalui media internet, ia bermula sekitar tahun 1999. Ketika itu saya baru berjinak-jinak dengan alam cyber melalui sambungan Tmnet dial-up.

Kagum dengan kecanggihan media baru ini, timbul pula keinginan saya untuk turut berkongsi sesuatu di alam maya.

Maka saya pun membina sebuah web dengan menumpang server Geocities.com. (Yahoo.com)

Kini, sedar tidak sedar sudah lebih 12 tahun minyak Herba Saoda dipasarkan melalui internet.

Berbalik pada testimoni yang ditulis Puan Hashimah tadi, jika kita cari informasi mengenai resin Herba Saoda (Myrr) di internet, kita akan temui bahawa kebanyakan kajian antarabangsa berkenaan penggunaan resin morhabshi (Myrr) di seluruh dunia adalah lebih khusus kepada penyakit kencing manis.

Baru-baru ini saya mendapat panggilan telefon dari seorang pengguna di Johor. Beliau memberitahu bahawa minyak Herba Saoda telah menurunkan kandungan gula dalam darahnya.

Alhamdulillah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya 0194402211 (Azman).

Untuk pembelian, sila lihat tatacara membuat tempahan di sisi kanan blog ini. Kami menawarkan penghantaran menggunakan Poslaju atau Skynet secara percuma.

Bukan itu sahaja, malah anda tidak perlu membuat pembeyaran serta merta. Kami membenarkan anda membuat pembayaran selepas produk ini selamat tiba di tangan anda.

Seperkara lagi, sebagai jaminan kepercayaan, jika anda merasakan minyak Herba Saoda ini tidak member sebarang manafaat kepada anda, anda tidak perlu membayarnya dan tidak perlu memulangkan semula kepada kami.

Kami tidak mampu menjamin produk ini berkesan 100% tetapi dalam masa yang sama kami juga tidak mahu menerima pembayaran daripada pengguna yang tidak mendapat sebarang manafaat daripada produk ini.

Kami hanya boleh katakan, selamat mencuba.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More