Photobucket
Minyak Herba Saoda
Harga Pos Laju
1 Botol (WM)
RM7.5
RM3
1 Botol (EM)
RM8.5
RM6
5 Botol
RM 30
Percuma
10 Botol
RM 50
Percuma
15 Botol RM 60
Percuma
20 Botol
RM 70
Percuma
40 Botol RM130 Percuma
100 Botol
RM300
Percuma

Tuesday, May 3, 2011

Bayi menangis waktu maghrib

Kali ini saya salin testimonial seorang pelanggan yang terdapat dalam web asal kami. Barangkali pengalaman beliau dapat membantu sesiapa yang mengalami masalah yang sama:

husband saya bekerja di KL dan kadang2 dah maghrib baru sampai rumah. Bila selalu dia balik time mcm tu...anak kecil saya mesti meragam..menangis...mata pejam sambil menggaru-garu telinga kiri dan kanan....bila mcm tu, saya letak minyak Morhabshi di belakang telinga kiri dan kanan dan juga di kening anak saya...alhamdulillah, terus dia senyap dan tak menggaru lagi...bukan baru sekali jadi macam tu dah byk kali dah...saya selalu jugak sapu ke perut anak kecil saya selepas mandi...alhamdulillah tak ada pulak kembung perut...kalau kena gigit nyamuk atau semut...saya sapu minyak morhabshi saje...kalau terkena percikkan minyak masak panas tu cepat2 sapu minyak herba warisan ini... tak ada melepuh pun...kalau dulu..kena minyak panas aje..terus naik gelembung...saya mesti standby minyak penawar ini satu kat dapur...
Nor Azmah Binti Ab. Aziz - Putrajaya

Mungkin bagi sesetengah orang, bayi menangis malam tidak ada kena mengena dengan makhluk halus. Namun untuk menafikan kehadiran makhluk halus di alam ini sudah tentu bercanggah dengan ayat Al Quran yang menyatakan alam ini tidak sahaja dihuni oleh manusia. 

Jin dan syaitan adalah makhluk yang dijadikan Allah Taala untuk berkongsi alam ini dengan kita.

Namun saya bersetuju bahawa tidak semua kes bayi menangis adalah disebabkan gangguan makhluk halus. Ada banyak faktor lain. Antaranya ialah kembung perut, gatal-gatal, dan sebagainya.

Saya pernah mengalami satu peristiwa yang membuatkan kami sekeluarga panik.

Pada suatu malam saya sekeluarga termasuk kedua mertua berkunjung ke medan ikan bakar di Umbai Melaka. Sementara menanti hdangan disiapkan, saya melayan bayi kami yang baru berumur 9 bulan.

Tidak semena-mena kemudian, anak kami itu menangis dengan kuat. Puas kami pujuk masih tidak mahu diam. Ibu mertua saya mengambil minyak herba warisan keluarga saya ini dan mencalit di beberapa bahagian badan termasuk pada kening dan telinga.

Alhamdulillah, tidak lama kemudian bayi saya itupun diam.

Alhamdulillah. 

Namun esoknya, pengasuh anak kami memberitahu bahawa terdapat kesan gigitan serangga pada kening bayi kami itu.

Rupa-rupanya dia menangis kerana gigitan serangga. Kebetulan ibu mertua saya menyapu tempat gigitan tersebut tanpa sengaja.

Alhamdulillah. Mujur isteri dan ibu mertua saya sentiasa membawa minyak herba ini di dalam beg tangan mereka.






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More