Photobucket
Minyak Herba Saoda
Harga Pos Laju
1 Botol (WM)
RM7.5
RM3
1 Botol (EM)
RM8.5
RM6
5 Botol
RM 30
Percuma
10 Botol
RM 50
Percuma
15 Botol RM 60
Percuma
20 Botol
RM 70
Percuma
40 Botol RM130 Percuma
100 Botol
RM300
Percuma

Saturday, March 12, 2011

Ramuan Dalam Herba Saoda

Apa itu Morhabshi dalam ramuan Herba Saoda?

Menurut Wikipedia: Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.

Sejarah Penggunaan resin Morhabshi:

Ensiklopedia tersebut juga mencatatkan resin Morhabshi telah terkenal sejak zaman Mesir kuno. Myrrh merupakan asas kepada minyak wangi dan incense, dan amat dihargai pada zaman kuno klasik. Nilainya dikatakan melebihi dari emas yang sama berat dengannya. Pada zaman Rom Kuno, myrrh dinilai lima kali ganda berbanding frankincense, walaupun frankincence lebih popular ketika itu. Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Diceritakan bahawa Maharaja Nero, iaitu Maharaja Rom telah membakar setahun nilai myrrh pada pengkuburan isterinya yang bernama Poppaea.

Kajian Antarabangsa Terhadap Morhabshi

Oleh kerana bahan ini begitu unik dan menakjubkan, banyak penyelidikan telah dibuat ke atasnya. Antaranya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati myrrh & susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukos dalam tikus normal & tikus kencing manis.


Tindakan mencampur getah myrrh bersama cuka pula mampu meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan rasa sakit.

Kajian Antarabangsa Terhadap Morhabshi

Oleh kerana bahan ini begitu unik dan menakjubkan, banyak penyelidikan telah dibuat ke atasnya. Antaranya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati myrrh & susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukos dalam tikus normal & tikus kencing manis.


Tindakan mencampur getah myrrh bersama cuka pula mampu meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan rasa sakit.


Wednesday, March 9, 2011

rawat buasir tanpa pembedahan

Seorang teman mengadu tentang buasir. Lalu saya katakan padanya: "sekarang ni orang tak hairan jika kena buasir sebaliknya orang akan hairan pada orang sebaya kita yang tidak kena buasir.

Ya. Dulu, buasir adalah penyakit yang jarang kita dengar. Mungkin juga kerana ia disembunyikan oleh pengidapnya kerana malu. Namun sekarang saya kerap menerima aduan tentang penyakit tersebut.

Buasir selalu dikaitkan dengan makanan pedas namun sebenarnya ia juga boleh disebabkan kerja berat. Selain itu penggunaan bahan perasa dalam makanan yang begitu berleluasa juga dikatakan mengundang risiko buasir.

Itu sebabnya ramai yang mengidap buasir.

Buasir boleh diubati melalui pengambilan ubat klinik samada dimakan atau dimasukkan ke dalam dubur. Jika ia sudah di peringkat teruk, pembedahan akan dilakukan bagi membuang bahagian usus yang rosak.

Walau bagaimanapun kini terdapat pelbagai rawatan alternatif bagi mengubati buasir tanpa dadah atau pembedahan. Salah satunya ialah menggunakan minyak Herba Saoda.

Ada dua cara menggunakan minyak Herba Saoda iaitu dengan menyapu minyak tersebut pada bahagian dubur dan cara kedua ialah meminumnya. Anda boleh menggunakan salah satu daripada kaedah tersebut atau kedua-duanya serentak. Cara kedua lebih berkesan.

Untuk diminum, titiskan 5-7 titis minyak Herba Saoda ke dalam 1/4 cawan air dan diminum 2 kali sehari. Lakukan selama tiga hari dan lihat kesannya. Jika masih belum sembuh (darah masih keluar) dapatkan rawatan lanjut daripada doktor. 

Namun selalunya darah akan berhenti pada hari berikutnya.

Walaupun begitu, teruskan menyapunya pada bahagian dubur sehingga sekurang-kurangnya tiga hari walaupun darah sudah tidak keluar lagi (dua atau tiga kali sehari).

Jangan bimbang kerana minyak Herba Saoda diperbuat daripada herba dan akar kayu 100%. Tiada dadah atau bahan kimia.

Minyak Herba Saoda diperbuat daripada lebih 30 herba dan akar kayu serta dicampur pelbagai minyak yang boleh dimakan termasuk minyak kelapa. Justeru ia memang boleh diminum.

Selain untuk buasir, minyak Herba Saoda boleh digunakan untuk pelbagai penyakit sehingga dikenali sebagai minyak herba serbaguna. 

Dengan harga yang amat berpatutan, anda sekeluarga boleh gunakan untuk pelbagai kegunaan tanpa perlu risaukan tambahan perbelanjaan.

Minyak Herba Saoda memang elok berada dalam simpanan anda kerana ia membantu menyelesaikan masalah kecemasan seperti luka, melecur, senak perut, terseliuh mahupun akibat gangguan makhluk halus seperti hysteria dan sihir (buatan orang).

Semakin banyak anda membeli, semakin rendah harga yang kami tawarkan. Hal ini kerana sebagai pengeluar kami lebih mengutamakan jualan secara borong.

Selamat mencuba.


Sunday, March 6, 2011

Herba Saoda merawat Deabetes atau luka kencing manis

Berikut adalah sms yang saya terima daripada seorang pengguna yang kerap membeli daripada kami dalam jumlah yang banyak untuk dijual kepada keluarga dan rakan-rakan beliau:

"seorg penguna minyak Herba Saoda telah menceritakan kpd sy tentang khasiat minyak ini, di mana dia telah mengalami luka akibat terbakar, yg merisaukan rakan kita ni ialah dia ni pengidap kencing manis, kesan luka ni sememangnya mengambil masa yg lama baru akam sembuh, bila menguna minyak Herba Saoda yg di sarankan oleh seorg rakan yg lain, rakan ni membeli 1 btl dan menyapukan minyak ini kepada lukanya, selama 3 hari menggunakan minyak ini, luka tersebut telah kering sepenuhnya...


sy yg mendgr cerita dr rakan sy merasa benar2 bersyukur brtapa besarnya kurniaan Allah yg menemukan penyembuh yg mujarab ini..."


hashimah ramli - SARAWAK



(Mesej di atas dikirim melalui SMS. Oleh itu pengirimnya terpaksa menulis seringkas yang boleh kerana kekangan ruang dan kos sms. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hashimah kerana berkongsi maklumat. Walau bagaimanapun kami tidak dapat menyiarkan nombor telefon beliau kecuali anda menghubungi saya secara personal).

Alhamdulillah. Tidak pernah kami sangka bahawa minyak herba yang diadun nenda kami, Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad di Jitra Kedah suatu ketika dulu kini begitu popular di Sarawak. Malah, minyak Herba Saoda juga telah tiba di Holland dan Arab Saudi. Terbaru, kami mendapat pesanan daripada pembeli di Jepun. Sementara itu kami juga mempunyai pelanggan di Singapura dan Brunei.


Mengimbas kembali penyebaran minyak Herba Saoda melalui media internet, ia bermula sekitar tahun 1999. Ketika itu saya baru berjinak-jinak dengan alam cyber melalui sambungan Tmnet dial-up.

Kagum dengan kecanggihan media baru ini, timbul pula keinginan saya untuk turut berkongsi sesuatu di alam maya.

Maka saya pun membina sebuah web dengan menumpang server Geocities.com. (Yahoo.com)

Kini, sedar tidak sedar sudah lebih 12 tahun minyak Herba Saoda dipasarkan melalui internet.

Berbalik pada testimoni yang ditulis Puan Hashimah tadi, jika kita cari informasi mengenai resin Herba Saoda (Myrr) di internet, kita akan temui bahawa kebanyakan kajian antarabangsa berkenaan penggunaan resin morhabshi (Myrr) di seluruh dunia adalah lebih khusus kepada penyakit kencing manis.

Baru-baru ini saya mendapat panggilan telefon dari seorang pengguna di Johor. Beliau memberitahu bahawa minyak Herba Saoda telah menurunkan kandungan gula dalam darahnya.

Alhamdulillah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya 0194402211 (Azman).

Untuk pembelian, sila lihat tatacara membuat tempahan di sisi kanan blog ini. Kami menawarkan penghantaran menggunakan Poslaju atau Skynet secara percuma.

Bukan itu sahaja, malah anda tidak perlu membuat pembeyaran serta merta. Kami membenarkan anda membuat pembayaran selepas produk ini selamat tiba di tangan anda.

Seperkara lagi, sebagai jaminan kepercayaan, jika anda merasakan minyak Herba Saoda ini tidak member sebarang manafaat kepada anda, anda tidak perlu membayarnya dan tidak perlu memulangkan semula kepada kami.

Kami tidak mampu menjamin produk ini berkesan 100% tetapi dalam masa yang sama kami juga tidak mahu menerima pembayaran daripada pengguna yang tidak mendapat sebarang manafaat daripada produk ini.

Kami hanya boleh katakan, selamat mencuba.


Monday, February 14, 2011

Minyak Herba Saoda: produk unik warisan Ustaz Hamid (Dr/H)

 Selama lebih 50 tahun penglibatan Dr(H) Ustaz Hamid dalam praktis perubatan alternatif, beliau telah menghasilkan beberapa ramuan meliputi pelbagai penyakit.

Antaranya ialah ubat resdung, jamu lelaki, jamu wanita, kapsul tenaga, dan minyak urut.

Namun di antara produk yang paling mendapat sambutan ialah ramuan yang kini kami namakan ‘Herba Saoda’. 

Nama Herba Saoda adalah sebagai tanda kenangan kami kepada isteri Allahyarham Ustaz Hamid yang juga nenda kami  (Hajjah Saodah: meninggal dunia 1988).

Keistimewaan Herba Saoda ialah ia bukan sahaja merawat dan menghindari penyakit fizikal (luaran dan dalaman), malah sering berupaya menyelesaikan masalah yang bersangkut perkara mistik serta alam ghaib.

Sebenarnya kami hanyalah meneruskan usaha yang telah dipelopori nenda kami sejak lebih 50 tahun yang lalu. Justeru keberkesanan minyak herba Saoda ini sudah teruji dan kami menyimpan banyak testimonial daripada para pelanggan.

Memandangkan kecanggihan teknologi maklumat yang kita berada di dalamnya sekarang, maka kami cuba keluar daripada  sistem peruncitan yang selama ini dilakukan oleh keluarga kami iaitu jualan secara ‘offline’ kepada kaedah baru secara ‘online’.

Semoga usaha ini memberi manafaat kepada lebih ramai pengguna dan pahalanya sampai kepada kedua-dua nenda kami.

Insya-Allah.



Saturday, February 12, 2011

Pengasas Minyak Herba Saoda

Ustaz Haji Abdul Hamid Haji Ahmad, merupakan pensyarah di Maahad Islamiyah Derang Kedah. Selain ulama dan pendakwah, beliau amat cenderung dalam praktik perubatan alternatif meliputi kaedah perubatan Islam (doa & ayat Al-Quran), perubatan Melayu tradisional, perubatan berasaskan herba, dan kaedah perubatan homeopathy. Malah salah satu tugas beliau di maahad tersebut ialah bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan di situ.

Almarhum telah menghasilkan dua buah kitab perubatan alternatif iaitu kitab "Al-Tabib Walhikmah" dan sebuah lagi berkenaan perubatan homeopathy.

Kitab "Al-Tabib Walhikmah" mengandungi petua-petua, ramuan-ramuan perubatan, doa-doa, serta ayat-ayat Al-Quran sebagai kaedah alternatif menyelesaikan masalah kehidupan. Melaui blog ini kami akan berkongsi kitab tersebut dengan anda.

Kami adalah pewaris generasi pertama dan kedua kepada Almarhum dan ditauliahkan untuk meneruskan pengeluaran ramuan herba istimewa ini. Malah kami telah memulakan pengeluaran dan pengedaran sejak 20 tahun yang lalu di bawah pengawasan almarhum yang merupakan nenda kami. 

Beliau kini telah pun kembali ke rahmatullah bebarapa tahun yang lalu.

Al-Fatihah...

Selamat mengikuti artikal kami seterusnya.


Thursday, February 10, 2011

Herba Saoda

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Sebenarnya Minyak Herba Saoda adalah minyak serbaguna.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Herba Saoda dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur, dan lain-lain berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah (luar), kudis, gatal-gatal, sakit gigi, cirit birit dan lain-lain.
(Ramuan lengkapnya turut dimuatkan dalam kitab 'Attabib Walhikmah').

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).
 
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Minyak Herba Saoda kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.
TIADA DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Berikut adalah penyakit yang dikenalpasti sering disembuhkan menggunakan Minyak Herba Saoda:
  1. histeria
  2. dirasuk syaitan
  3. sihir (buatan orang)
  4. santau
  5. bayi 'diganggu'
  6. bayi 'kembung'
  7. sawan tangis
  8. pusat bayi (agar mudah tanggal)
  9. batuk
  10. lelah/asma
  11. sakit gigi
  12. senak
  13. cirit birit
  14. kanser (lihat testimoni kami berkenaan pesakit barah hati)
  15. kayap
  16. kurap
  17. gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha)
  18. jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka)
  19. kudis
  20. bisul
  21. melecur terkena api atau air/minyak panas
  22. gigitan serangga & binatang bisa
  23. lenguh
  24. terseliuh
  25. simpul biawak (krem)
  26. sakit kepala
  27. mabuk-mabuk & meloya
  28. muntah.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Cara penggunaan:
Untuk penyakit luaran, sila gunakan secara sapuan. Manakala untuk masalah 'dalaman' seperti santau, sila masukkan 2-3 titik ke dalam 1/3 air suam dan diminum.
Minyak Herba Saoda tidak beracun. Oleh itu jika anda sakit gigi, anda boleh menyapunya terus pada gusi atau gigi yang berlubang dan sakit itu. Caranya, ambil secebis tisu, celupkan dalam Minyak Herba Saoda dan tampalkan ke dalam gigi yang berlubang. Saya telah mencubanya 3 tahun lalu dan hingga sekarang tidak pernah mengalami sakit itu lagi.
Untuk bayi dan kanak-kanak, calitkan pada kening, ubun-ubun, belakang cuping telinga, sendi-sendi kaki dan tangan, serta tengkuk bagi menghindari daripada gangguan. Amalkan setiap hari (sebelum maghrib) pada bayi anda.
Amalkan menyapu pada perut bayi setiap hari dapat mengelakkan bayi diserang kembung perut. Insya-Allah.
Untuk makluman, sebaik tiba di sekolah pagi tadi, seorang ustazah menemui saya untuk mendapatkan Minyak Herba Saoda lagi. Menurut beliau, bayinya terhindar dari kembung sejak menggunakan Minyak Herba Saoda. Oleh itu beliau telah mengesyorkan pada adiknya yang juga baru bersalin.
Tambahan:
Untuk lelaki, sila sapukan pada alat kelamin dari pangkal ke hujung dengan cara mengurutnya perlahan-lahan. Elakkan minyak daripada memasuki lubang kencing anda. Boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi bukan untuk berjimak (bersetubuh). Pastikan anda mencuci hingga bersih sebelum bersama isteri. Ramuan herba ini bertindak melancarkan perjalanan darah seterusnya membantu zakar anda sihat dan hebat.
Demikianlah pengalaman yang dikongsikan oleh beberapa orang rakan yang telah mencubanya.
Alhamdulillah.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Minyak Herba Saoda (1957):
Pastikan Sentiasa Bersama Disaat Memerlukan


Saturday, January 1, 2011

Team Herba Saoda

Pengasas
Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid Ahmad@Lebai Mat (Allahyarham)
Ulama’/pendakwah
Pengamal Perubatan Tradisional Melayu/Islam
Pengamal Perubatan Alternatif Homeopathy
Pensyarah Maahad Islamiyah Derang Kedah

Pengarah Operasi/Admin
En Noor Azman Aminudin
Penceramah Bebas
Motivator

Pengurus Pengedaran Berpusat (Promosi Offline)
En Khuzaimie Mansur (KL/N9/Melaka)
http://tempahdisini.blogspot.com/2011/02/hindari-bala-drpd-allah-dengan-berzakat.html


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More